Yayien, ![]() ![]() Stalker ![]() ![]() ![]() @edit by ![]()
| doaku
![]() Tiba-tiba hari ini aku terpandang gambar dia Tiba-tiba juga perasaan sebak menimpa Tidak dipaksa tidak dipinta Sungguh perasaan itu yang aku rasa Rasa rindu teramat rindu Rasa sayu bertambah sayu Di dalam hati menjadi syahdu Sungguh aku rindukan kamu Tidak tahu apa patut dibuat Lalu berwuduk terus bersolat Sujudkan Allah berhadap kiblat Menadah tangan berdoa berhajat Titisan jernih tumpah juga Sebak dijiwa mula menerpa Entah kenapa begini rasanya Hendak menolak tiada berdaya Kugengam Yasin di sudut meja Itu saja kurasa sebagai penenang jiwa Helaian ku selak surah ku baca Niat sedekah untuk dirimu disana Duhai hati sabarlah dikau Pendamkan gelora dan rasa rindu Kerana dia tenang sudah disitu Berdamping dengan empunya yang satu Sebulan, setahun, sedekad malah seabad lamanya Jika aku masih dikandung nyawa Rindu ini pasti tetap bertandang jua Kenangan manis denganmu kudakap sebagai pengubat jiwa Maafkan aku kerana rindu tak dapat terhapus Maafkan aku kerana kenangan tidak dapat terlupus Walaupun aku redha kepergiamu dari sisiku terus Namun sungguh detik pahit manis denganmu di memoriku tidak pernah pupus Oh abng duhai kekanda Doaku dikau tenang disana Tunggu saja ketibaan kami pula Entah esok mungkin juga lusa Rindu jiwa menghasilkan nukilan secara tak sengaja Tapi kalimah Allah yang paling bermakna tidak pernah ku lupa Sentiasa aku alun dan sedekahkan untuk dirimu disana Al Fatihah untuk adinda Muhamad ***kesayangan hamba rindu kepadanya ![]() |